Thursday, April 5, 2007

Aktiviti Abah di masa lapangnya

Sedari muda Abah memang banyak melakukan aktiviti-aktiviti kegiatan kemasyarakatan serta aktiviti sukan.

Abah mengatakan beliau pernah bermain hoki sewaktu di sekolah dan dalam salah satu incident abah pernah terkena bola hoki di tulang keringnya sehingga tercedera.

Dimasa remajanya abah ada juga melibatkan diri dalam arena persilatan Melayu. Seperti mana anak teruna lainnya abah ada menuntut ilmu persilatan di kampung. Jurus persilatan ini diteruskan semasa didalam pasukan tentera dengan mempelajari Judo dan Silat Kalimah.


Abah juga boleh bermain bola. Dizaman 60an abah ada juga bermain dengan pasukan bola sepak di sekitar Daerah Taiping. Disinilah abah mengenali M.Karathu yang ketika itu bermain untuk pasukan Perak.


Semasa Abah bertugas di Sabah dan Sarawak, Abah ada juga bergiat dalam lapangan Tinju dalam kelas Fin wight.Namun bakat abah tidak berapa teserlah bilamana beliau tidak memenangi apa-apa pingat didalam kejohanan peringkat Kor mahupun unit.


Abah memang bersifat ringan tulang dan rajin. Kami amat terhutang budi pada abah bilamana diusia tuanya beliau lah tempat kami mendapatkan pertolongan dan bantuan.


Dari bab membaiki kereta kami adik beradik hinggalah mengecat rumah semuanya berkat kederat abah yang dah uzur tu. Kesihatan abah agak terganggu bila umurnya mencecah 60 tahun. Antaranya penyakit lutut dan Ghout beliau.


Namun semangat Abah memang kami puji kerana beliau seboleh-bolehnya ingin membantu apabila kami perlukan pertolongan.


Selain dari aktiviti peribadi abah juga ada melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung Sri Puchong. Antaranya ialah majlis gotong-royong memacakkan signboard lorong di Kg Sri Puchong.


Selain itu Abah juga ada melibatkan diri dalam gerakan belia 4B. Walaupun Abah berusia emas, abah masih lagi sudi menjadi penasihat kepada pergerakan tersebut.

Pic 1: Abah berehat bersama rakan-rakan Belia 4B semasa kerja gotong-royong yang diadakan di Kampung Sri Puchong.

Pic 2: Kelihatan abah memberi pukulan mautnya dalam demonstrasi pada hari Angkatan Tentera. Tarikh dan tempat tidak diketahui.

Pic 3: Kelihatan Abah bermain Chess bersama rakan persilat Kalimah. Inilah permainan yang saya tidak pernah menang melainkan sekali ketika remaja. Memang bagi saya Abah agak cekap dalam mengatur gerak. Kelihaan pisau bayonet yang tercacak itulah yang merupakan hadiah dari seorang angota TNI semasa kunjungan mesra anggota ATM ke Pontianak, Kalimantan dalam tahun 60an iaitu selepas tamatnya Konfrantasi Ganyang Malaysia yang di canangkan oleh Soekarno sekitar 60an.

Pic 4: Kelihatan Abah dibahagian belakang meja hadiah sempena sukaneka di Pantai Teluk Chempedak dalam tahun 71-72. Budak perempuan yang berskirt putih dibelakang meja tu ialah adik saya Suzita Sarudin yang berumur dalam 4 tahun.

Pic 5: Kelihatan Abah mengadili pertandingan bola sepak kaum ibu 5 sebelah. Mak kejar mak..kejar....


Pic 6: Kelihatan Abah bergambar ramai dengan grup persilatan "Silat Pengantin" semasa meraikan perkahwinan adik Abah (Acik Inyah) di kampung Daching, Ulu Beranang dalam tahun 1978. Kelihatan juga Arwah nenek Hjh Fatimah Sidek yang memakai selendang hitam.

Pic 7: Kelihatan Abah menambak tanah pada kaki signboard semasa gotong-royong memasang signboard Kampung Sri Puchong.

Pic 8 : Gambar kumpulan persilat Kalimah. No 2 dari kanan ialah Pakcik Bakri antara orang kuat silat Kalimah dalam ATM ketika itu.

Tuesday, April 3, 2007

Kenangan Bersama Abah no 4 - Bertolak ke Taiwan


Disepanjang pemergian saya ke Taiwan samada kali pertama hinggalah kali ketiga iaitu kali terakhir saya pulang bercuti panjang di Malaysia, Abah dan Emak memang tidak ketinggalan untuk menghantar saya ke KLIA.

Dalam siri penghantaran saya kembali ke Taiwan, cuma penghantaran kali pertama sahaja yang dapat dirakamkan di dalam camera.

Dalam pemergian saya kali ketiga ke Taiwan pada 10 Februari lalu, seperti biasa saya akan bertolak dari Bandar Seri Ehsan menuju ke Stesen ERL Salak Tinggi. Dari situ kami akan menaiki tren menuju ke KLIA. Abah dan Emak pula akan terus menuju KLIA dari Puchong.

Saya dijadualkan berlepas dengan EVA AIR jam 1525 petang dari KLIA. Seperti biasa setibanya Emak dan Abah tiba, mereka tidak lupa membekalkan saya dengan sedikit juadah antaranya ialah kuih seri muka dan rendang ayam. Sememangnya ianya favorite saya.

Abah seperti biasa setibanya di Balai Berlepas KLIA akan dikejar dari jauh oleh Aina Sofea sambil menjerit Atuk-Atuk.....

Abah yang sememangnya sukakan kanak-kanak akan menyambut dan mendokong cucu kesayangannya sambil tersenyum...

Biasanya abah akan memberikan sedikit nasihat kepada saya sebelum berlepas antara nasihatnya ialah saya tidak boros dan menyimpan untuk masa depan serta menjaga kesihatan. Seperti biasa abah tahu yang saya juga ada beberapa penyakit antaranya Ghout dan darah tinggi. Nasihatnya agar saya sentiasa sihat dan dapat menumpukan perhatian kepada tugas.

Namun antara nasihatnya yang pelik bagi saya ialah pada penghantaran kali pertama pada bulan Jun 2006 ialah, beliau memberitahu saya tidak perlulah balik sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia. Saya beranggapan ianya cuma satu nasihat untuk tidak bersusah payah mengeluar wang ringgit dan masa untuk pulang ke Malaysia. Namun ianya menjadi kenyataan juga bilamana saya mengeluarkan tambang paling besar untuk pulang ke Malaysia pada 6hb Mac 2007.
Selepas itu tiada lagi lah kami dihantar oleh abah ke KLIA setiap kali pulang ke Malaysia kerana Abah telah pun dahulu pulang kerahmatullah..

Gambar-gambar didalam posting kali ini dipetik dari pemergian kali pertama saya ke Taiwan iaitu pada hari Khamis 8hb Jun 2006. Saya berlepas pada jam 3.00 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines : MH 86.

Tidak ketingalan menghantar saya ke KLIA ialah Abang Halim sepupu saya, seorang pegawai kementerian Pendidikan, Putrajaya serta Adik saya Suzita Sarudin sekeluarga.


Pic 1: Aina kelihatan sibuk nak minum Iced Lemon tea sementara Mustakim menogok mineral water. Letih kot hantar orang kat Airport nie.


Pic 2:Inilah family "Bateman" iaitu family adik saya (Ibu Tunggal). Kasih sayang Atuk dan kami lainnya tertumpah pada dua orang anak yatim nie yang bernama Mustakim Bateman (5 tahun) dan Murshid Bateman (10 Tahun) ...Lepas nie kita naik Airoplane ke mommy!!! getus Mustakim gamaknya......


Pic 3: Tak tahulah pulak si Takim nie...Ohh........nangis pasal tak dapat ikut lah nie yek!! Tak pe nanti dah besar boleh ikut ayah naik kapal terbang...mommy memujuk...

Pic 4: Gambar kami sekeluarga. Berdiri paling kanan anak abgn Halim, ZulHazim mohd Halim.Abah seperti biasa berdiri dibelakang Mustakim. rasanya inilah antara gambar Mursid yang baik kerana dalam gambar lainnya dia sentiasa tersengeh lebar!!!

Pic 5: Gambar bersama Abang Halim dan anaknya...Murshid seperti biasa tersengeh dihadapan..Tah apelah yang difikirkan oleh atuk tu????

Pic 6: Atuk sedang memegang lutut..sakit lagi ke tuk lutut tu!! Ghout menyerang kot....tulah banyak sangat makan udang nie..so jangan lupa makan ubat..Si Aina nie pulak memang jealous bila tengok orang peluk-peluk nie dia mesti nak dekat