Thursday, April 5, 2007

Aktiviti Abah di masa lapangnya

Sedari muda Abah memang banyak melakukan aktiviti-aktiviti kegiatan kemasyarakatan serta aktiviti sukan.

Abah mengatakan beliau pernah bermain hoki sewaktu di sekolah dan dalam salah satu incident abah pernah terkena bola hoki di tulang keringnya sehingga tercedera.

Dimasa remajanya abah ada juga melibatkan diri dalam arena persilatan Melayu. Seperti mana anak teruna lainnya abah ada menuntut ilmu persilatan di kampung. Jurus persilatan ini diteruskan semasa didalam pasukan tentera dengan mempelajari Judo dan Silat Kalimah.


Abah juga boleh bermain bola. Dizaman 60an abah ada juga bermain dengan pasukan bola sepak di sekitar Daerah Taiping. Disinilah abah mengenali M.Karathu yang ketika itu bermain untuk pasukan Perak.


Semasa Abah bertugas di Sabah dan Sarawak, Abah ada juga bergiat dalam lapangan Tinju dalam kelas Fin wight.Namun bakat abah tidak berapa teserlah bilamana beliau tidak memenangi apa-apa pingat didalam kejohanan peringkat Kor mahupun unit.


Abah memang bersifat ringan tulang dan rajin. Kami amat terhutang budi pada abah bilamana diusia tuanya beliau lah tempat kami mendapatkan pertolongan dan bantuan.


Dari bab membaiki kereta kami adik beradik hinggalah mengecat rumah semuanya berkat kederat abah yang dah uzur tu. Kesihatan abah agak terganggu bila umurnya mencecah 60 tahun. Antaranya penyakit lutut dan Ghout beliau.


Namun semangat Abah memang kami puji kerana beliau seboleh-bolehnya ingin membantu apabila kami perlukan pertolongan.


Selain dari aktiviti peribadi abah juga ada melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung Sri Puchong. Antaranya ialah majlis gotong-royong memacakkan signboard lorong di Kg Sri Puchong.


Selain itu Abah juga ada melibatkan diri dalam gerakan belia 4B. Walaupun Abah berusia emas, abah masih lagi sudi menjadi penasihat kepada pergerakan tersebut.

Pic 1: Abah berehat bersama rakan-rakan Belia 4B semasa kerja gotong-royong yang diadakan di Kampung Sri Puchong.

Pic 2: Kelihatan abah memberi pukulan mautnya dalam demonstrasi pada hari Angkatan Tentera. Tarikh dan tempat tidak diketahui.

Pic 3: Kelihatan Abah bermain Chess bersama rakan persilat Kalimah. Inilah permainan yang saya tidak pernah menang melainkan sekali ketika remaja. Memang bagi saya Abah agak cekap dalam mengatur gerak. Kelihaan pisau bayonet yang tercacak itulah yang merupakan hadiah dari seorang angota TNI semasa kunjungan mesra anggota ATM ke Pontianak, Kalimantan dalam tahun 60an iaitu selepas tamatnya Konfrantasi Ganyang Malaysia yang di canangkan oleh Soekarno sekitar 60an.

Pic 4: Kelihatan Abah dibahagian belakang meja hadiah sempena sukaneka di Pantai Teluk Chempedak dalam tahun 71-72. Budak perempuan yang berskirt putih dibelakang meja tu ialah adik saya Suzita Sarudin yang berumur dalam 4 tahun.

Pic 5: Kelihatan Abah mengadili pertandingan bola sepak kaum ibu 5 sebelah. Mak kejar mak..kejar....


Pic 6: Kelihatan Abah bergambar ramai dengan grup persilatan "Silat Pengantin" semasa meraikan perkahwinan adik Abah (Acik Inyah) di kampung Daching, Ulu Beranang dalam tahun 1978. Kelihatan juga Arwah nenek Hjh Fatimah Sidek yang memakai selendang hitam.

Pic 7: Kelihatan Abah menambak tanah pada kaki signboard semasa gotong-royong memasang signboard Kampung Sri Puchong.

Pic 8 : Gambar kumpulan persilat Kalimah. No 2 dari kanan ialah Pakcik Bakri antara orang kuat silat Kalimah dalam ATM ketika itu.

Tuesday, April 3, 2007

Kenangan Bersama Abah no 4 - Bertolak ke Taiwan


Disepanjang pemergian saya ke Taiwan samada kali pertama hinggalah kali ketiga iaitu kali terakhir saya pulang bercuti panjang di Malaysia, Abah dan Emak memang tidak ketinggalan untuk menghantar saya ke KLIA.

Dalam siri penghantaran saya kembali ke Taiwan, cuma penghantaran kali pertama sahaja yang dapat dirakamkan di dalam camera.

Dalam pemergian saya kali ketiga ke Taiwan pada 10 Februari lalu, seperti biasa saya akan bertolak dari Bandar Seri Ehsan menuju ke Stesen ERL Salak Tinggi. Dari situ kami akan menaiki tren menuju ke KLIA. Abah dan Emak pula akan terus menuju KLIA dari Puchong.

Saya dijadualkan berlepas dengan EVA AIR jam 1525 petang dari KLIA. Seperti biasa setibanya Emak dan Abah tiba, mereka tidak lupa membekalkan saya dengan sedikit juadah antaranya ialah kuih seri muka dan rendang ayam. Sememangnya ianya favorite saya.

Abah seperti biasa setibanya di Balai Berlepas KLIA akan dikejar dari jauh oleh Aina Sofea sambil menjerit Atuk-Atuk.....

Abah yang sememangnya sukakan kanak-kanak akan menyambut dan mendokong cucu kesayangannya sambil tersenyum...

Biasanya abah akan memberikan sedikit nasihat kepada saya sebelum berlepas antara nasihatnya ialah saya tidak boros dan menyimpan untuk masa depan serta menjaga kesihatan. Seperti biasa abah tahu yang saya juga ada beberapa penyakit antaranya Ghout dan darah tinggi. Nasihatnya agar saya sentiasa sihat dan dapat menumpukan perhatian kepada tugas.

Namun antara nasihatnya yang pelik bagi saya ialah pada penghantaran kali pertama pada bulan Jun 2006 ialah, beliau memberitahu saya tidak perlulah balik sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia. Saya beranggapan ianya cuma satu nasihat untuk tidak bersusah payah mengeluar wang ringgit dan masa untuk pulang ke Malaysia. Namun ianya menjadi kenyataan juga bilamana saya mengeluarkan tambang paling besar untuk pulang ke Malaysia pada 6hb Mac 2007.
Selepas itu tiada lagi lah kami dihantar oleh abah ke KLIA setiap kali pulang ke Malaysia kerana Abah telah pun dahulu pulang kerahmatullah..

Gambar-gambar didalam posting kali ini dipetik dari pemergian kali pertama saya ke Taiwan iaitu pada hari Khamis 8hb Jun 2006. Saya berlepas pada jam 3.00 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines : MH 86.

Tidak ketingalan menghantar saya ke KLIA ialah Abang Halim sepupu saya, seorang pegawai kementerian Pendidikan, Putrajaya serta Adik saya Suzita Sarudin sekeluarga.


Pic 1: Aina kelihatan sibuk nak minum Iced Lemon tea sementara Mustakim menogok mineral water. Letih kot hantar orang kat Airport nie.


Pic 2:Inilah family "Bateman" iaitu family adik saya (Ibu Tunggal). Kasih sayang Atuk dan kami lainnya tertumpah pada dua orang anak yatim nie yang bernama Mustakim Bateman (5 tahun) dan Murshid Bateman (10 Tahun) ...Lepas nie kita naik Airoplane ke mommy!!! getus Mustakim gamaknya......


Pic 3: Tak tahulah pulak si Takim nie...Ohh........nangis pasal tak dapat ikut lah nie yek!! Tak pe nanti dah besar boleh ikut ayah naik kapal terbang...mommy memujuk...

Pic 4: Gambar kami sekeluarga. Berdiri paling kanan anak abgn Halim, ZulHazim mohd Halim.Abah seperti biasa berdiri dibelakang Mustakim. rasanya inilah antara gambar Mursid yang baik kerana dalam gambar lainnya dia sentiasa tersengeh lebar!!!

Pic 5: Gambar bersama Abang Halim dan anaknya...Murshid seperti biasa tersengeh dihadapan..Tah apelah yang difikirkan oleh atuk tu????

Pic 6: Atuk sedang memegang lutut..sakit lagi ke tuk lutut tu!! Ghout menyerang kot....tulah banyak sangat makan udang nie..so jangan lupa makan ubat..Si Aina nie pulak memang jealous bila tengok orang peluk-peluk nie dia mesti nak dekat

Wednesday, March 28, 2007

Kenduri Arwah buat Abah pada 6 dan 7 March 2007


Pic 1: Dont worry Pak Imam....nampak je sikit tapi banyak lagi kat belakang tu...siap boleh bawa balik...macam nasi ambeng. Untuk Pak Imam kitorang dah ketepikan dua bungkus.Jangan lupa ambik sebelum balik. Begitulah agaknya penjelasan asistant Chef kita malam tu. Idzul Khairi Isa.









Pic 2: Dimana orang duduk disitulah anak beranak nak berkumpul








Pic 3: Kaum ibu sibuk menjadi tulang belakan dalam memastikan lauk semua cukup. maestro utama iaitu Mommy (Suzita) merupakan orang penting yang amat sibuk memastikan kelancaran pinggan mangkuk dan air minum jamuan untuk jemaah ahli tahlil.




Pic 4: Kebetulan jemaah tiba awal. sila ambil tempat masing-masing. Ops..maaf...rumah ini...merupakan zone larangan merokok.







Pic 5: Abang Man tanya bila sampai?? saya jawab...tengahari tadi..nie...je lah baju yang dibawa dari Taipei....yang lain tertinggal kat Airport pasal nak cepat!!!mujur yang dalam pun sempat pakai...





Pic 6: Kaum wanita sedang sibuk membantu menyiapkan hidangan buffet, walaupun mereka yang kendian makan...Jasa mu dikenang.








Pic 7: Tuan-tuan haji sila beratur. Walaupun arwah dah tiada namun semangat disiplin nya harus sentiasa dipupuk. Nak kena pusing padang kawad nie...

Pic 8: Ops...maaf-maaf..kang tak jadi kenduri kang...sorry...saya faham dengan orang tua tak leh layan macam rekrut. So silakan takpe-takpe...arwah redha.... tak pe Wak ..tak cukup air minum, air basuh tangan tu boleh bawa sekali....dah cuci mulut boleh makan buah lah pulak...
Pic 9: Urang Sapangka...Pak Ngah Mail dan Ateh Usop merupakan ahli jawatan kuasa yang dijemput khas untuk mengimarahkan lagi majlis tahlil dan doa arwah ini. Boleh tahan juga ucapan dasar Pak Ngah sebelum upacara dimulakan.. Maklumlah ex tok ketua di kampung Daching Ulu Beranang.

Tiada apa yang lebih diutamakan bagi keluarga yang mengalami kematian ahli keluarganya membuat kenduri doa tahlil buat yang pergi. Kami tidak terkecuali. Walaupun didalam kesedihan kami lebih mengutamakan arwah kerana doa dan sedekah kepada arwah amat diperlukan oleh arwah dialam barzakh ketika menghadap ke hadrat Illahi.
Di ketuai oleh Pak Ngah Mail (Ismail), semenjak di kuburan lagi telah menjemput Pak Imam surau Kampung Sri Puchong dan jemaah surah untuk sama-sama hadir di majlis kenduri tahlil dan arwah yang diadakan selepas solat Isyak pada malam 6 dan 7 haribulan March.
Saya membuat keputusan bagi pihak keluarga hanya memperuntukkan 2 malam sahaja dan bukan nya tiga malam sebagaimana yang biasanya diamalkan. Bagi saya yang penting amalannya dan bukan kiraan 1,2 atau 3 malam yang menjadi keutamaan. Bagi saya amalan ini hanyalah sunat belaka dan adalah haram pula jatuhnya sekiranya pihak keluarga simati tadi terpaksa pula meminjam untuk mengadakan juga kenduri arwah tadi.
Saya mengambil keputusan ini untuk tidak membebankan sanak saudara yang turut datang dari kampung seperti Pak Ngah, Mak Ngah dan Aja.
Jamuan makan, kami beli dari kedai makan lorong 5. Boleh tahan juga menunya. Antaranya lauk hari pertama, sayur campur, kari daging, ikan sardin & kembong goreng berlada, bergedel dan ulam-ulaman dan tambahan telur dadar. Hari kedua masak lemak ikan masin & nenas, goreng berlada ayam, telur masin dan ulaman.

Ramai juga kehadiran di majlis tahlil tersebut. Pada hari pertama lebih kurang 30 orang antaranya Pak Ngah Mail, Mak Yan, Mak Ka, Ateh Usop, Rosli dan Aza, Kak normi (Kak Adik) dan Shamsul (boy) termasuk Kak Ju sekeluarga.

Saya mewakili emak saya Hajah Zaitun bin Hj Shamsudin, mengucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara serta ahli kariah Kampung Sri Puchong yang sudi melapangkan masa untuk sama-sama menyedekahkan bacaan surah Yassin dan doa tahlil buat arwah abah saya Hj Sarudin Bin Jamin. Hanya Allah lah sahaja yang layak mengurniakan balasan baik dari keikhlasan tuan-tuan, pakcik dan makcik semuanya. Amin...yarabbal Alamin....


















Saturday, March 24, 2007

Abah Era tahun 60an - 1

Undated Pic 1: Abah bergambar membelakangkan muara sungai di Sabah.

Undated Pic 2: "Since I saw her standing there" mungkin itulah rangkap lagu yang dinyanyikan oleh group Abah.


Undated Pic 3: Ini merupakan rare short yang menunjukkan Abah memegang senjata. Mungkin baru lepas exercise kot..maklumlah REME mana ada angkat senjata.

Undated Pic 4: Abah didalam surveilance boat bersama rakan setugas


Undated Pic 5: Abah bergambar ramai berhampiran jetty. Berkemungkinan di Sabah.

Undated Pic 6: Abah dirumah sewa di Taiping, bergambar bersama jiran


Pic 7: Bergambar semasa kawad pemeriksaan pegawai kanan Tentera pada tahun 1965 di Taiping.Abah berdiri bhg belakang no 4 dari kanan.


Undated Pic 8: Abah mengendalikan bot semasa di Sabah.


Undated Pic 9 : Abah bergambar bersama kawan karib, pakcik Razali sebelah kanan. Pakcik Razali inilah yang menolong membantu menguruskan jenazah Abah. Semoga ALLAH sahajalah membalas jasa pakcik.


Undated Pic 10: Abah bergambar dihadapan truck semasa didalam ferry.

Undated Pic 11: Abah bergambar bersama rakan di Sandakan

Undated Pic 12: Abah bergambar ramai dalam satu majlis muda-mudi di Sarawak.

Pic 13: Abah bergambar ramai picnik di Bau, Sarawak tahun 1966


Undated Pic 14: Tu dia Boria sungai Pinang dah masuk tempo. Itu lah dia Abah dan aktivitinya di zaman 60n.


Dalam tahun-tahun 60an banyak tempat-tempat yang pernah abah tinggal. Di Singapura Abah pernah bekerja di Tanah Merah dan tinggal di kuarters Rumah Tinggi Alexander.









Selepas di Singapura, Abah pula berpindah ke Taiping, bekerja di Kem Kamunting. Abah dan emak menyewa di Kampung Jana. Disini juga abah bergiat bermain bola dan mengenali M.Karathu dengan lebih dekat lagi.







Diawal pembabitan Abah didalam ATM, Abah pernah jua berkhidmat di Sabah dan Sarawak didalam tahun-tahun 60an. Boleh dikatakan beberapa kali juga abah berulang-alik Semenanjung-Sabah/Sarawak.







Antara lokasi yang abah pernah bertugas ialah di Sandakan, Bau, Tawau, Lundu, Pulau Sebatik. Dikawasan ini abah biasanya bertugas membaiki bot-bot laju tentera.






Sebagai anak muda yang merantau, abah sememangnya ada sedikit sebanyak ilmu persilatan yang dipelajarinya dikampung. Selepas memasuki angkatan tentera pelbagai lapangan dan aktiviti yang boleh diceburi.







didalam tentera abah ada mempelajari judo dan karate. Selain itu abah ada juga berjinak-jinak di lapangan tinju dalam kelas feather weight . Beliau mewakili unit nya didalam kejohanan yang ditandingi. Namun oleh kerana kekurangan latihan beliau tidak berapa menonjol.







Pernah satu ketika selepas melayakan diri ke peringkat separuh akhir, abah tumbang TKO pusingan kedua ditangan seorang peninju Iban dari Sarawak Rangers.







Didalam pengalaman Abah semasa di Sarawak iaitu sekitar tahun semasa zaman Konfrantasi diantara Indonesia dan Malaysia, abah tidak pernah menenghadapi tentangan musuh secara direct.









Antara pengalaman beliau ialah selepas tamat zaman Konfrantasi diadakan kunjungan muhibbah Tentera Malaysia dan Indonesia yang diadakan di pekan Pontianak sempadan Sabah dan Kalimantan. Disinilah abah mula berjinak-jinak belajar membaling bayonet dari salah seorang anggota TNI. Memang tentera Indonesia terkenal dengan tempur tanpa senjata dan ikhtiar hidupnya.







Antara pengalaman abah yang lain ialah terserempak dengan beberapa anggota bandit Sarawak semasa menyusuri sebuah sungai. Mujur abah sempat menyorok dan membawa botnya berpatah balik. jika tidak mungkin Abah ditembak.







Apa yang luar biasanya ialah pasukan bandit sarawak ini hanya menembak tentera seperti Sarawak rangers atau unit Askar Melayu Diraja yang memakai Beret hijau. Mereka tidak menyerang pasukan tentera yang memakai beret biru kerana mereka adalah dari pasukan Engineers yang membaiki kemudahan jalanraya, mendirikan bangunan dan sebagainya. Jadi mungkinlah Abah berasa agak selamat disini.









Era filem melayu jalan ampas serta lagu-lagu melayu asli dan langgam menjadi kegemaran abah dizaman mudanya. Lagu-lagu S.Affendi seperti ,Saroja, Hanya Nyanyian, menjadi kegemaran Abah sehinggalah ke akhir hayatnya. Saya amat faham tentang kegemaran Abah ini kerana saya juga amat meminati Oldies dari Zaman The Platters & Elvis Presley hingga lah ke zaman Animal dan The Beatles.













Ledakan muzik " Pop " hasil dari pengaruh Muzik British yang menonjolkan Lagenda Muzik seperti Cliff Richard dan The Beatles telah mencorakkan gaya berpakaian, gaya rambut dan kasut anak muda ketika zaman 60an.






Pic 1 : Cliff Richard dizaman kemuncaknya




Pic 2: Album kumpulan The Beatles




Tidak ketinggalan kumpulan Muzik melayu 60an yang digelar Kugiran mula menonjolkan suatu aliran baru muzik yang turut mempengaruhi kehidupan anak muda Malaysia ketika itu. Antaranya A.Halim, A.Ramlie, L.Ramlee, M.Osman, Jefry Din dan lain-lain yang seangkatan dengannya.




Lagu-lagu Cliff Richard seperti Living Doll, Voice of the wilderness, Bachelor Boy menjadi siulan Abah dimasa mudanya. Begitu juga lagu-lagu kumpulan The Beatles seperti lagu Hards Days Night, Love me do, And I Love Her , I saw her standing there menjadi nyanyian abah apabila menghadiri parti anjuran unit pasukannya.







Adalah kebiasaan dizaman 60an, parti anekaragam menjadi tempat golongan muda berkumpul. Abah tidak terkecuali menyertainya bila kelapangan.






Dizaman 60an ini saya dan adik saya Suzita Lahir kedunia. Saya dilahirkan 31.03.1966 di Hospital Besar Seremban. Dikatakan ketika itu Abah sedang berlepas ke Sarawak melalui kem sungai besi menaiki pesawat yang melalui hospital Besar Seremban.






Sementara itu pula Adik saya Suzita Sarudin dilahirkan di Sungai Besi pada 04.02.1968 ketika abah menyewa Kampung Malaysia dan bekerja di kem Sungai Besi.






Begitulah kisah hidup Abah dizaman 60an.




Abah di alam pekerjaan - Memasuki Angkatan Tentera Malaysia

" Mutiara Kata "
" Menilai semula kehidupan masa lalu amat bermakna kerana kesannya merupakan penentu kebahagian masa depan. Sekira masa lalu tidak cemerlang manakan mungkin diharapkan kebahagian masa depan. Ikhtibar dan pengajaran masa lalu perlu dijadikan pedoman meniti kehidupan harian agar tidak tergelincir dari landasan yang benar " . Penulis
Abah hanyalah bersekolah setakat (LCE) Lower Certificate of Education sahaja. Keputusan LCE nya tidak lah begitu memberansangkan namun Abah masih boleh menyambung pelajarannya. Namun demikian oleh kerana kesempitan hidup abah terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Selain dari kerja-kerja kampung abah juga mengambil upah menoreh getah di estet Beranang buat beberapa ketika.

(Saya pernah melihat caruman EPF abah sepanjang bekerja di estet berjumlah RM60.00. Selepas beliau keluarkan ketika umur persaraan 55 tahun beliau memperolehi sekitar RM800.00) Kalau tak silap duit itulah juga beliau tampung untuk mengerjakan haji pada awal tahun 2001.

Sebenarnya Abah berminat untuk memasuki pasukan Tentera Udara Diraja British ketika itu. tetapi selepas beberapa kali mencuba dengan mendaftarkan diri abah kerap kali kandas diawal pusingan kerana abah gagal dalam ujian matematik iaitu salah satu dari siri ujian kelayakan untuk menyertai pasukan Tentera Udara Diraja British.

Abah tidak patah semangat kerana pada pemilihan rekrut tahun 1961 abah yang ketika itu berumur 20 tahun dengan nekad pergi ke Port Dickson untuk mendaftarkan diri. Dalam pada masa yang sama Pak Ngah Ismail iaitu adik abah juga telah pergi ke sana.

Nenek Fatimah binti Haji Sidek sememangnya tidak berapa gembira bila mendapat tahu anak nya masuk tentera. Ini kerana pengalaman beliau yang bersuamikan anggota polis semuanya meninggal dunia semasa didalam perkhidmatan. Suami pertamanya Jamin bin Khatib/Samad iaitu Ayah Abah meninggal dunia dibunuh pengganas komunis. Sementara itu suami kedua beliau Ibrahim iaitu ayah Pak Ngah dan adik-adik lainnya meninggal dunia kemalangan apabila beliau cuba terjun dari Armoured Car yang menjunam jatuh gaung.

Akhirnya Abah berjaya juga menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 10 April 1961 dengan memakai nombor tentera 500460 menyertai unit Royal Eletrical and Mechanical Engineers Corps REME atau Kor Jurutera Letrik dan Jentera (KJLJ) singkatan yang diguna pakai semenjak 9 April 1965. Seperti biasa bagi anggota baru, latihan asas ketenteraan menjadi medan pertama yang perlu ditempuh oleh para perajurit bagi melengkapkan diri dengan segala ilmu peperangan sebelum berbakti kepada ibu pertiwi.

Sementara itu adik abah, Ismail Ibrahim (pak Ngah) pula menyertai pasukan Tentera Laut Malaysia. Kebolehan beliau berenang dan menyelam menjadi satu advantage untuk lulus ujian dan menyertai pasukan Tentera Laut Malaysia.



Kawad, latihan menembak, mencuci dan mengemas uniform adalah menjadi salah satu routine yang perlu dilakukan setiap hari. Jerit pekik Regimen Sargent Major ditengah-tengah padang kawad menjadi hiburan para rekrut. Derapan boots dipadang kawad merupakan satu irama yang tidak dapat dipisahkan dari anggota rekrut. Disinilah mereka mengenal kiwi kasut dan memastikan kasut kawad sentiasa berkilat.



Undated Pic 1: Kelihatan Abah no ATM 500460 berdiri di barisan kedua dari belakang didalam pasukan REME Royal Eletrical and Mechanical Engineers Corps diawal pembabitannya didalam tentera.



Undated Pic 2: Kelihatan Abah (Uniform) dan Emak (Berkolar Hitam) bergambar bersama rakan kenalan selepas upacara tamat latihan Asas ketenteraan di Port Dickson. Tidak lama kemudian selepas tamat latihan dikatakan Emak dan Abah pun bernikah gantung....


Selepas tamat latihan selama 6 bulan, abah mula posting ke Ipoh dan tinggal di Kampung Semee dan bekerja di Kem Jalan Tambun. Di sinilah bermulanya kehidupan Abah sebagai seorang anggota tentera yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat demi tugas sehinggalah bersara pada 9 April 1986. Di Unit ini jugalah beliau mula mengenali Spanar dan Playar yang beliau praktiskan sehingga ke akhir hayatnya.....

Penafian dan Nota: Setiap fakta adalah berdasarkan sumber yang diperolehi samada dari catatan, dokumen, rekod perkhidmatan, sumber imejan, internet dan dari kenyataan lisan samada dari arwah mahupun orang-orang yang hampir dengan arwah. Saya memohon maaf kepada surfers yang melayari blog ini sekira terdapatnya sumber-sumber yang tidak tepat atau diluar dari fakta. Fakta-fakta yang ada adalah bagi mengukuhkan jalan cerita dan tiada niat penulis untuk menyinggung mana-mana perasan pembaca. Sekira terdapatnya fakta yang ingin diperbetulkan silalah berikan komen anda. Penulis....Suhaizee Sarudin.

Friday, March 23, 2007

Kenangan bersama Abah no 2 - High Tea di Concorde KLIA

Pic 1: Kelihatan gambar beramai-ramai yang diambil sebelum majlis gathering dimulakan. Abah berada dibelakang saya....Opss Murshid tak ready lagi cameraman dah tangkap dulu......

Selain dari membawa abah dan emak berjalan ke Cameron Highland, saya juga sempat mengadakan satu gathering "High Tea" keluarga di Hotel Concorde KLIA pada hari sabtu 27 hb Januari 2007.

Gathering ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidilahadha tahun 2006 bila mana saya dan Isteri tidak bersama keluarga pada Aidilfitri 2006 lalu. Kami mengadakan rumah terbuka di Taiwan.

Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu pula saya masih tidak berkesempatan untuk pulang menyambutnya sekeluarga. Walaubagaimanapun kemeriahan nya jelas terbayang bilamana kami menjalankan ibadah korban di rumah Bandar Seri Ehsan. Abah dan emak serta adik beradik lainnya termasuk keluarga sebelah isteri datang bertandang kerumah kami.

Selain dari tujuan itu saya juga ada membuat sedikit surprise kerana saya mengambil kesempatan itu untuk menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke 41 lebih awal. Ini kerana saya tak mungkin balik dalam masa terdekat untuk menyambutnya bersama keluarga.

Jadi keseluruhan nya majlis ini seperti Coffee 3 in 1 ler...



Pic 2 : Alahai....segan pulak rasanya bila dah berumur nie siap potong-potong kek. Tapi bila dikenangkan cerita 3 Abdul tu kira okay lah tu. Tak lah rasa diri nie tua sangat. Moga-moga umur pajang dan sihat tubuh badan hingga 70 tahun amin............macam Tuan Sadek Sigaraga.........


Alhamdullillah, Abah seperti biasa akan menjadi orang penting dalam majlis ini bilamana beliau diminta mendoakan majlis tersebut serta kesejahteraan, keamanan, rezeki yang berkat serta panjang umur. (Ini merupakan doa terakhir beliau untuk saya khususnya)




Pic 3 : Kelihatan abah sedang mengetuai doa untuk kami semua. Semua doa abah untuk kami dimakbulkan ALLAH..Amin.....

Saya berasa sangat gembira bilamana majlis saya mendapat sambutan kerana semua yang diundang datang kecuali 2 orang anak buah yang tidak dapat hadir...tidak ketinggalan juga kehadiran Jokhairi bin Yeop adik sepupu isteri..

Makan dihidangkan secara buffet, apa lagi pada anak-anak buah yang baru nak merasa tu mula memenuhi kaunter makanan.

Menu hari itu antaranya ialah , kari ayam, spegetthi, kuih-muih melayu, vegetables salad dan lain-lain.

Aina Sofea dan cucu saudara " Batrisya" sibuk berlari-lari di kawasan ruang makan.





Pic 4: Amboi...ikmal tengah berposing nampak....emmm sedapnya makan ice cream......




Pic 5: Kelihatan Abah tengah memerhati kearah display makanan...baru lepas habis sepinggan....nak makan apa lagi yer.....perut masih boleh diisi lagi nie....Emak pula tengah dok makan kuih...Aik...orang lain baru starter emak dah dessert...diet ker??




Pic 6: Aik...batrisya tengah makan apa tu.....minta atuk ngah sikit.....nyamm.nyam...


Pic 7 : Amboi....cengitu punya tunduk pak su nye makan...siap pakai chop stik lagi tu....mak mertua kat hujung tu lansung tak perasan.....sedapnya.....itu baru round kedua....pulun....jangan tak pulun....




Pic 8 : Begitu khusyuk sekali Izzah memotong kek...agaknya camanalah kalau potong kek Kahwin sediri...sure syok tu.......amboi.....Mustakim tengah menjeling ........jangan lupa bagi saya sikit tau......Along (Ain) kat belakang tu sibuk shooting.....




Pic 9 : Well inilah saya disamping isteri tersayang and tercinta....trus terang cakap....hanya beliaulah sahaja yang sabar atas sikap dan fiel saya.......susah nak cari ganti ooo........

Pic 10: Opss...apalah cerita emak tu sampai abang Isa dan Izzah tertegun gamaknya.....entah-entah mak cerita nak buat gathering kat Hotel kot next year.......


Pic 11: Sibuk nampaknya noor melayan si batrisya....agaknya ayah dia tak der tu yang tengah dok tanya tu.....tapi....makan tatap lalu ajer..... (The first cicit of Opah).....tua sangat nampaknya opah nie yek dah jadi MOYANG....