Tuesday, April 3, 2007

Kenangan Bersama Abah no 4 - Bertolak ke Taiwan


Disepanjang pemergian saya ke Taiwan samada kali pertama hinggalah kali ketiga iaitu kali terakhir saya pulang bercuti panjang di Malaysia, Abah dan Emak memang tidak ketinggalan untuk menghantar saya ke KLIA.

Dalam siri penghantaran saya kembali ke Taiwan, cuma penghantaran kali pertama sahaja yang dapat dirakamkan di dalam camera.

Dalam pemergian saya kali ketiga ke Taiwan pada 10 Februari lalu, seperti biasa saya akan bertolak dari Bandar Seri Ehsan menuju ke Stesen ERL Salak Tinggi. Dari situ kami akan menaiki tren menuju ke KLIA. Abah dan Emak pula akan terus menuju KLIA dari Puchong.

Saya dijadualkan berlepas dengan EVA AIR jam 1525 petang dari KLIA. Seperti biasa setibanya Emak dan Abah tiba, mereka tidak lupa membekalkan saya dengan sedikit juadah antaranya ialah kuih seri muka dan rendang ayam. Sememangnya ianya favorite saya.

Abah seperti biasa setibanya di Balai Berlepas KLIA akan dikejar dari jauh oleh Aina Sofea sambil menjerit Atuk-Atuk.....

Abah yang sememangnya sukakan kanak-kanak akan menyambut dan mendokong cucu kesayangannya sambil tersenyum...

Biasanya abah akan memberikan sedikit nasihat kepada saya sebelum berlepas antara nasihatnya ialah saya tidak boros dan menyimpan untuk masa depan serta menjaga kesihatan. Seperti biasa abah tahu yang saya juga ada beberapa penyakit antaranya Ghout dan darah tinggi. Nasihatnya agar saya sentiasa sihat dan dapat menumpukan perhatian kepada tugas.

Namun antara nasihatnya yang pelik bagi saya ialah pada penghantaran kali pertama pada bulan Jun 2006 ialah, beliau memberitahu saya tidak perlulah balik sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia. Saya beranggapan ianya cuma satu nasihat untuk tidak bersusah payah mengeluar wang ringgit dan masa untuk pulang ke Malaysia. Namun ianya menjadi kenyataan juga bilamana saya mengeluarkan tambang paling besar untuk pulang ke Malaysia pada 6hb Mac 2007.
Selepas itu tiada lagi lah kami dihantar oleh abah ke KLIA setiap kali pulang ke Malaysia kerana Abah telah pun dahulu pulang kerahmatullah..

Gambar-gambar didalam posting kali ini dipetik dari pemergian kali pertama saya ke Taiwan iaitu pada hari Khamis 8hb Jun 2006. Saya berlepas pada jam 3.00 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines : MH 86.

Tidak ketingalan menghantar saya ke KLIA ialah Abang Halim sepupu saya, seorang pegawai kementerian Pendidikan, Putrajaya serta Adik saya Suzita Sarudin sekeluarga.


Pic 1: Aina kelihatan sibuk nak minum Iced Lemon tea sementara Mustakim menogok mineral water. Letih kot hantar orang kat Airport nie.


Pic 2:Inilah family "Bateman" iaitu family adik saya (Ibu Tunggal). Kasih sayang Atuk dan kami lainnya tertumpah pada dua orang anak yatim nie yang bernama Mustakim Bateman (5 tahun) dan Murshid Bateman (10 Tahun) ...Lepas nie kita naik Airoplane ke mommy!!! getus Mustakim gamaknya......


Pic 3: Tak tahulah pulak si Takim nie...Ohh........nangis pasal tak dapat ikut lah nie yek!! Tak pe nanti dah besar boleh ikut ayah naik kapal terbang...mommy memujuk...

Pic 4: Gambar kami sekeluarga. Berdiri paling kanan anak abgn Halim, ZulHazim mohd Halim.Abah seperti biasa berdiri dibelakang Mustakim. rasanya inilah antara gambar Mursid yang baik kerana dalam gambar lainnya dia sentiasa tersengeh lebar!!!

Pic 5: Gambar bersama Abang Halim dan anaknya...Murshid seperti biasa tersengeh dihadapan..Tah apelah yang difikirkan oleh atuk tu????

Pic 6: Atuk sedang memegang lutut..sakit lagi ke tuk lutut tu!! Ghout menyerang kot....tulah banyak sangat makan udang nie..so jangan lupa makan ubat..Si Aina nie pulak memang jealous bila tengok orang peluk-peluk nie dia mesti nak dekat

No comments: