Saturday, March 24, 2007

Abah di alam pekerjaan - Memasuki Angkatan Tentera Malaysia

" Mutiara Kata "
" Menilai semula kehidupan masa lalu amat bermakna kerana kesannya merupakan penentu kebahagian masa depan. Sekira masa lalu tidak cemerlang manakan mungkin diharapkan kebahagian masa depan. Ikhtibar dan pengajaran masa lalu perlu dijadikan pedoman meniti kehidupan harian agar tidak tergelincir dari landasan yang benar " . Penulis
Abah hanyalah bersekolah setakat (LCE) Lower Certificate of Education sahaja. Keputusan LCE nya tidak lah begitu memberansangkan namun Abah masih boleh menyambung pelajarannya. Namun demikian oleh kerana kesempitan hidup abah terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Selain dari kerja-kerja kampung abah juga mengambil upah menoreh getah di estet Beranang buat beberapa ketika.

(Saya pernah melihat caruman EPF abah sepanjang bekerja di estet berjumlah RM60.00. Selepas beliau keluarkan ketika umur persaraan 55 tahun beliau memperolehi sekitar RM800.00) Kalau tak silap duit itulah juga beliau tampung untuk mengerjakan haji pada awal tahun 2001.

Sebenarnya Abah berminat untuk memasuki pasukan Tentera Udara Diraja British ketika itu. tetapi selepas beberapa kali mencuba dengan mendaftarkan diri abah kerap kali kandas diawal pusingan kerana abah gagal dalam ujian matematik iaitu salah satu dari siri ujian kelayakan untuk menyertai pasukan Tentera Udara Diraja British.

Abah tidak patah semangat kerana pada pemilihan rekrut tahun 1961 abah yang ketika itu berumur 20 tahun dengan nekad pergi ke Port Dickson untuk mendaftarkan diri. Dalam pada masa yang sama Pak Ngah Ismail iaitu adik abah juga telah pergi ke sana.

Nenek Fatimah binti Haji Sidek sememangnya tidak berapa gembira bila mendapat tahu anak nya masuk tentera. Ini kerana pengalaman beliau yang bersuamikan anggota polis semuanya meninggal dunia semasa didalam perkhidmatan. Suami pertamanya Jamin bin Khatib/Samad iaitu Ayah Abah meninggal dunia dibunuh pengganas komunis. Sementara itu suami kedua beliau Ibrahim iaitu ayah Pak Ngah dan adik-adik lainnya meninggal dunia kemalangan apabila beliau cuba terjun dari Armoured Car yang menjunam jatuh gaung.

Akhirnya Abah berjaya juga menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 10 April 1961 dengan memakai nombor tentera 500460 menyertai unit Royal Eletrical and Mechanical Engineers Corps REME atau Kor Jurutera Letrik dan Jentera (KJLJ) singkatan yang diguna pakai semenjak 9 April 1965. Seperti biasa bagi anggota baru, latihan asas ketenteraan menjadi medan pertama yang perlu ditempuh oleh para perajurit bagi melengkapkan diri dengan segala ilmu peperangan sebelum berbakti kepada ibu pertiwi.

Sementara itu adik abah, Ismail Ibrahim (pak Ngah) pula menyertai pasukan Tentera Laut Malaysia. Kebolehan beliau berenang dan menyelam menjadi satu advantage untuk lulus ujian dan menyertai pasukan Tentera Laut Malaysia.



Kawad, latihan menembak, mencuci dan mengemas uniform adalah menjadi salah satu routine yang perlu dilakukan setiap hari. Jerit pekik Regimen Sargent Major ditengah-tengah padang kawad menjadi hiburan para rekrut. Derapan boots dipadang kawad merupakan satu irama yang tidak dapat dipisahkan dari anggota rekrut. Disinilah mereka mengenal kiwi kasut dan memastikan kasut kawad sentiasa berkilat.



Undated Pic 1: Kelihatan Abah no ATM 500460 berdiri di barisan kedua dari belakang didalam pasukan REME Royal Eletrical and Mechanical Engineers Corps diawal pembabitannya didalam tentera.



Undated Pic 2: Kelihatan Abah (Uniform) dan Emak (Berkolar Hitam) bergambar bersama rakan kenalan selepas upacara tamat latihan Asas ketenteraan di Port Dickson. Tidak lama kemudian selepas tamat latihan dikatakan Emak dan Abah pun bernikah gantung....


Selepas tamat latihan selama 6 bulan, abah mula posting ke Ipoh dan tinggal di Kampung Semee dan bekerja di Kem Jalan Tambun. Di sinilah bermulanya kehidupan Abah sebagai seorang anggota tentera yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat demi tugas sehinggalah bersara pada 9 April 1986. Di Unit ini jugalah beliau mula mengenali Spanar dan Playar yang beliau praktiskan sehingga ke akhir hayatnya.....

Penafian dan Nota: Setiap fakta adalah berdasarkan sumber yang diperolehi samada dari catatan, dokumen, rekod perkhidmatan, sumber imejan, internet dan dari kenyataan lisan samada dari arwah mahupun orang-orang yang hampir dengan arwah. Saya memohon maaf kepada surfers yang melayari blog ini sekira terdapatnya sumber-sumber yang tidak tepat atau diluar dari fakta. Fakta-fakta yang ada adalah bagi mengukuhkan jalan cerita dan tiada niat penulis untuk menyinggung mana-mana perasan pembaca. Sekira terdapatnya fakta yang ingin diperbetulkan silalah berikan komen anda. Penulis....Suhaizee Sarudin.

No comments: