Seperti biasa setiap hari saya akan berchatting dengan isteri saya selepas waktu kerja. Biasanya saya akan buka SKYPE pada jam 0750mlm, itu pun sekiranya kerja Pagi atau Malam. Sekiranya saya kerja Petang, saya akan berchatting dengan isteri saya diwaktu pagi. Begitulah routine harian saya bagi melepaskan rindu kepada keluarga. Juga setiap minggu saya akan menelefon Abah dan emak serta juga adik saya di Kepong.
Pada hari Sabtu 3.3.2007, selepas habis kerja dalam jam 0750 malam, iaitu selepas Ishak (Waktu Solat di Taiwan lebih cepat) saya buka SKYPE. Tak lama selepas itu terdengar panggilan dari Isteri saya.
Beliau mendapat panggilan dari emak di Puchong mengatakan abah sakit sesak nafas. Isteri saya meminta pendapat saya samada perlu balik ke Puchong malam itu kerana sememang diketahui isteri saya tidak mahir memandu diwaktu malam.
Saya memulangkan kepadanya samada terdaya ke tidak untuk drive ke Puchong. Berkat ketabahan isteri saya, Alhamdulillah akhirnya isteri saya yang bertolak dari Bandar Seri Ehsan jam 0800mlm tiba di Puchong jam 0900mlm. Biarlambat asal selamat.....lamanya tu.........
Menurut emak lagi, sebenarnya pagi itu abah sedang merepair kereta sebagai persiapan untuk pulang ke kampung sempena kenduri aqiqah anak ajib, adik sepupu saya di Kg Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan pada hari Ahad 4.3.2007.
Lebih kurang dalam jam 1000 pagi abah mengadu kat emak ada ke emak terasa macam gempa bumi? jawab emak tiada. Kalau ada pun nanti kita tunggukan berita di TV sekejap lagi.
Abah selepas itu meneruskan kerja=kerja merepairnya, kalau tak silap menggantikan speedometer kereta Proton Aerobacknya.
Tidak lama selepas itu, abah menjerit memangil emak kerana terasa langit berpusing.
Emak pula kemudiannya memanggil Mak Lang Sabariah untuk memapah abah masuk kedalam rumah. Abah diletakkan di ruang tamu dan berbaring.
Emak mengurut kepala dan badan abah untuk meringankan peningnya. Dalam pada masa yang sama, pembantu rumah Nini mengesyorkan emak memanggil adik. Emak terus menelefon adik dan memintanya segera pulang.
Oleh kerana di rumah tiada orang lelaki yang boleh membantu, emak menelefon Abang Azmi kenalan abah untuk datang membantu.
Setelah Adik tiba dari Kepong petang tu beserta Abang Azmi , Abah dibawa dengan segera ke Klinik Zuraidah, Puchong Perdana.
Diklinik abah diberikan suntikan untuk melegakan kesakitannya. Dalam masa yang sama abah juga turut muntah.
Selepas stabil, abah dibawa pulang ke rumah dan berehat di ruang tamu. Emak telah menyediakan tikar dan tilam disitu. Tidak lama kemudian Abang Azmi, pulang ke rumahnya.
Setelah waktu Maghrib, sewaktu keadaan abah agak stabil (abah tidur lena), adik pula meminta izin pada emak untuk balik semula ke Kepong kerana urusan persekolahan Murshid.
Selepas Maghrib, Abang Azmi datang semula kerumah bertanya khabar abah. Abah masih lagi tidur dan muntahnya pun dah kurang.
Setibanya Isteri saya di Puchong, beliau memasakan bubur nasi buat abah kerana sememangnya abah masih belum makan sejak dari pagi dan ditambah pula dengan muntah-muntah sebelum itu.
Semangkuk bubur disendukkan buat abah. Abah disuapkan oleh abang Azmi sedikit demi sedikit hingga habis di meja makan berhampiran TV.
Tak lama selepas itu, abah muntah lagi. Mungkin kerana dah lama perutnya masuk angin menyebabkan makanan itu ditolak keluar.
Selepas muntah, Abah memakan ubat yang diambil dari klinik dan meminta Abang Azmi memapahnya ke ruang depan untuk berehat.Abang Azmi juga membantu abah menyalinkan seluar abah yang dipakai dengan kainnya dan tidak lama selepas itu abah tertidur. Dalam pada itu abang Azmi juga memberikan abah air zam-zam untuk memberi tenaga.
Melihatkan keadaan agak terkawal, abang Azmi pun pulang ke rumah.
Dalam pukul 1030mlm, emak meminta Isteri saya membantu memapah abah masuk ke dalam bilik tidur. Tidak lama selepas itu abah muntah sekali lagi.
Isteri saya mengurut abah dengan minyak urut dibelakang tengkuk untuk meredakan pening nya yang mengakibatkan ia muntah lagi. Selepas itu Abah tidur semula.
Pada malam nya saya menelefon isteri saya bertanya khabar abah dan isteri saya menceritakan keadaan beliau. Selepas itu saya juga meminta isteri saya menyampaikan Salam saya kepada arwah serta memohon ampun dan maaf kepada Abah....Alhamdulillah isteri saya telahpun memaklumkan kepada Abah....
Tuesday, March 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment